Sunday, August 11, 2013

Bersempena mulanya tahun latihan klinikal bulan 9 nanti, aku refresh blog yang lama aku tinggalkan ni untuk mula dari asas semula.

Tajuk blog ini ialah frasa bahasa latin yang bermaksud the greatest in the least, maknanya yang paling besar dalam yang paling kecil. Ertinya yang paling hebat di kalangan yang paling tidak penting. Aku kaitkan dengan kita semua sekarang iaitu satu jiwa dalam 8 billion penduduk bumi yang berusaha mendapatkan yang terbaik untuk diri sendiri yang dari segi makronya hanya sebesar noktah relatif dengan jumlah semua Homo sapiens dalam alam ini.

Kerana harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan harap-harap nama yang ditinggalkan adalah yang baik-baik seperti saranan buya Hamka.


0 tak puas hati:

Post a Comment